Загрузка страницы

Documentary : Anak Melayu Jual Nasi Lemak Di Paris | Nasi Lemak Paris

(Video mempunyai sedikit gangguan audio, sila on subtittle Malay)

Rumpun Melayu Global 2 - Nasi Lemak Paris . Jangan lupa follow dan support instagram : nasilemakparis dan subscribe youtube ini. Terima kasih RTM Malaysia dan Layar Consult Sdn Bhd
NASI lemak Paris? Kedengarannya agak janggal. Apa lagi membayangkan untuk menikmati sebungkus nasi lemak berlaukkan sambal paru atau udang petai di tengah bandar raya yang berlatarbelakangkan Menara Eiffel, kecuali jika anda membawa bekalan yang dimasak sendiri.

Namun, di tengah kerancakan media sosial yang menjadi medium utama dalam berkomunikasi, kini bukan lagi sesuatu yang mustahil untuk anda menikmati hidangan nasi lemak sekiranya sedang bercuti di Paris.

Semuanya hasil kegigihan tiga anak muda Malaysia yang boleh dianggap sebagai pelopor dalam mengusahakan perniagaan makanan kegemaran rakyat Malaysia di kota yang menggamit kunjungan jutaan penduduk dunia itu.

Bercita-cita besar untuk mengusahakan perniagaan kafe makanan halal Malaysia di sana, Mohd Afizuddin Ahmad Apandi, (Affy), Al Qayyum Mafaudzil (Qayyum) dan Fauzi Azami, (Jimmy) yang masing-masing berusia 28 tahun ketika memulakan perniagaan itu sejak 2015.

-BebasNews com (petikan daripada bebasnews)

Видео Documentary : Anak Melayu Jual Nasi Lemak Di Paris | Nasi Lemak Paris канала NASI LEMAK PARIS
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
7 марта 2019 г. 21:01:45
00:24:10
Яндекс.Метрика