Загрузка страницы

Resepi Sup Daging Simple

Resepi Sup Daging Simple atau Sup Tulang ini versi sup saya yang paling mudah dan tidak menggunakan serbuk rempah sup ataupun sup bunjut. Cuma rempah empat sekawan cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang sahaja digunakan.
RESEPI LENGKAP DI : https://www.nasserskitchen.com/sup-tulang-daging-lembu/
Camera : Sony ZV-E10 https://shope.ee/6zhK7YjK1Q
Mic : Boya M1 https://shope.ee/XZmoksTo
Monitor : Viewsonic 32" https://shope.ee/2prlAIBDGa

Rahsia masak sup ialah memastikan bawang digoreng sehingga garing sebelum menambah air dan daging. Jika kita tambah air terlalu awal, bawang tidak akan dapat masak dengan betul kerena suhu masak tidak akan dapat melepasi 100 darjah C selagi masih ada air.

Sup daging dan sup tulang akan memakan masa yang agak lama untuk masak dengan betul, oleh itu kita perlu bersabar jika mahukan hasil yang terbaik.

Selamat mencuba!

QWare Online STORE: https://c.lazada.com.my/t/c.ZZhThA
EDIBLE GARDENS BY RADIANT: https://jandabaik-attractions.com/edge/

* SUBSCRIBE:
https://bit.ly/2s0yv1o

Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah sup tulang lembu. Saya akan kongsikan resepi saya yang paling mudah dan tanpa menggunakan rempah atau sup bunjut. Kita hanya perlukan beberapa bahan yang asas sahaja untuk menyediakan sup and lazat seperti ini. Jom kita ke dapur!

KIta perlukan 2 kilo tulang lembu, saya suka gunakan bahagian tengkuk kerana dagingnya sangat sedap untuk dimasak sup, kalau nak gunakan bahagain lain seperti ekor atau rusuk pun OK.

Kita juga perlulan 9 biji bawang besar ( 800g )
25 ulas bawang putuh ( 300g)
Kedua-dua bahan ini kita perlu kisar dengan blender sehingga halus seperti ini

Kita juga perlukan 3 ulas bawang putih yang dihiris nipis dan 3 biji bawang merah kecil yang dihiris nipis untuk menumis.

Dan 3 cm halia yang dihiris kasar seperti ini

Bahan rempah yang kita perlukan ialah: 20 biji cengkih, 15 biji buah pelaga. 4 batang kayu manis, 1 bunga lawang dan 1 daun salam.

KIta juga perlukan 350g kentang dipotong seperti ini dan 600g keret / lobak merah juga dipotong dan 1 biji buah tomato dibelah seperti ini.

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada QWare kerana menaja perlatan memasak seperti periuk stainless steel 15L ini. Peralatan memasak QWare digunakan di dapur-dapur professional tetapi sesuai juga digunakan dirumah. Untuk maklumat lanjut , sila rujuk di description.

Panaskan 200ml minyak . Masukkan bawang putih yang telah dihiris diikuti bawang merah kecil. Tumiskan sehingga mula kelihatan kuning dan masukkan 4 sekawan cengkih, buah pelaga , kayu manis dan bunga lawang.

Masukkan juga halia yang telah dihiris tadi.Pastikan api tidak terlalu besar supaya bahan tumisan tidak hangus.

Bila bawang merah dan bawang putih sudah kelihatan garing dan kuning keemasan masukkan bahan-bahan kisar, bawang merah kecil dan bawang putih.Pastikan tak ada yang tertinggal.

Kacau, jangan tak kacau!
Mula-mula kita kena pastikan air dalam bahan kisar sudah kering dan bawang dapat digoreng dengan baik. Selagi bahan kisar mengandungi air, suhu tumisan tidak akan melebihi 100C, bawang tidak akan dapat masak dengan betul dan tidak akan menjadi garing jika suhu tidak mencapai 160C. Kesilapan yang biasa dibuat ialah tidak masak bawang hingga garing. Rasa manis bawang tidak akan menyerlah selagi tidak berwarna kekuningan. Pastikan bahan tumisan selalu diratakan untuk mengelakkan hangus. Pastikan juga api tidak terlalu panas.

Bila bahan tumisan dah garing seperti ini, masukkan daging dan tulang. Gaulkan rata. Pastikan bahan tumisan sebati dengan daging dan tulang. Seeloknya goreng sehingga daging dan tulang kelihatan sedikit masak dibahagian luar dan berwana perang.

Kemudian tambah air lebih kurang 3-4 liter dan kacau rata. Tambah lagi air sehingga kesemua tulang dan daging di bawah paras air. Kacau rata dan besarkan api. Bila dah mendidih, buangkan keladak yang timbul ke atas permukaan air. Keladak ini perlu dibuang kerana akan menjejaskan rasa sup kita. Buangkan perlahan-lahan.
Kemudian tambah daun salam. Tutup dan renihkan untuk 1 jam. Sekarang kita tambah 4 sudu kecil garam atau secukup rasa. 2 sudu besar lada hitam. 1 sudu kecil lada putih Aji-Shio

Kalau daging masih belum lembut dan kuah sup kurang tambah sedikit lagi air.Masukkan keret. Renihkan selama 15 minit.Kemudian masukkan kentang dan renihkan lagi 20 minit.Akhir sekali masukkan tomato dan renihkan 5 minit lagi.

Setelah kita tambah keret, kentang dan tomato, sebahagian dari garam yang kita masukkan awal memasak tadi akan diserap, dan rasa lada hitam juga akan berkurangan setelah dimasak lama, oleh itu kita kena imbangkan semula dengan menambah sedikit lagi lada hitam, lada putih dan juga garam.

Видео Resepi Sup Daging Simple канала Nasser's Kitchen
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
31 июля 2020 г. 7:36:40
00:07:23
Яндекс.Метрика