Загрузка страницы

Ekspres Mahligai - Patut Kah Ia Berkubur ?

Mahligai Ekspres

Patut kah ia perlu berkubur?

[ Jangan lupa tekan butang #SUBSCRIBE dan #SHARE Vlog ini untuk siri dan coretan bas yang lain. ]

Kemunculannya sekitar awal tahun 2002/2003 membawa satu cabaran baru kepada industri bas terutamanya bagi sektor Pantai Timur. Persaingan hebat daripada operator tempatan seperti Ekspres Mutiara, Ekspres Budaya, SKMK, Darul Naim Ekspres selain operator luar seperti Transnasional, Ekspres Sutera, Triton dan beberapa lagi memberi satu impak dinamika kepada industri pengangkutan bas ekspres.

Sekitar tahun 90an sambutan rakyat Kelantan terhadap bas ekspres sangat dahsyat kerana inilah satu-satunya pengakutan jarak jauh (yang mampu) yang berkesan kepada mereka (perjalanan menaiki keretapi lebih lama dan memenatkan).

Terbitnya Sang Mahligai pada era ini memberi satu lonjakan baru (pilihan baru) kepada penumpang Negeri Cik Siti Wan Kembang. Tambahan pula mereka memulakan rentak dengan memberi satu kepuasan (keselesaan) menaiki bas jarak jauh dengan menyediakan bas berbelon (air suspension) dan bukannya spring (toingtoing 😅).

Permulaan fleet mereka bersama Coach Builder MTans bercesikan M.A.N -18.313 sebagai pilihan bijak. Ketika itu menggunakan body model Irizar PB adalah satu trending dan terkini. Namun ada 2 unit berbodykan Firama model CW03.

Fleet mereka yang seterusnya menggunakan M.A.N - 18.400 model Irizar warna terquoise kira-kira 1 hingga 2 tahun beroperasi. Semasa zaman ini juga mereka telah mulakan fleet Double Deck menggunakan Bee Hing Coach Builder. Para peminat bas mengatakn model ini unik !!

Seterusnya mereka membuat satu lonjakan besar - besaran apabila mengeluarkan body SKSBUS model E128 masih berjantungkan M.A.N 18.400 serta model Double Deck bernadikan M.A.N - 20.400. Jumlah keseluruhan model SKSBUS ini dikatakan sekitar 40 - 50 buah (angka sebenar aku tak pasti).

Sekitar tahun 2015-2016 mereka mengeluarkan pula body TMS-BUS model P13 tetapi telah beralih pula kepada fleet Scania K410. Ntah mengapa mereka berpaling daripada M.A.N ?? Sesiapa yang tahu bileh share info di bahagian KOMEN 😉.

Akhirnya sekitar tahun 2017-2018 lama kelamaan mereka telah mengecilkan fleet mereka. Bas body E128 mereka banyak dah tersadai di depo begitu juga double deck Bee Hing (tersadai sebelum TMSbus keluar).

Dan penghujung 2018 ( tak silap aku) mereka tidak lagi beroperasi dan boleh dikatakan terus "tutup kedai".

Kita berharap dua orang "kuat" di sebalik sebuah "mahligai" ini dapat kembali pada satu masa nanti.

WISH YOU ALL THE BEST MAHLIGAI EKSPRES !!

🚫🚫 NUKILAN DI ATAS ADALAH HASIL CORETAN AKU. DILARANG SAMA SEKALI MENYALIN DAN MENG"EDIT" KARYA TERSEBUT KE TEMPAT LAIN !! 🚫🚫

Видео Ekspres Mahligai - Patut Kah Ia Berkubur ? канала Pae Esmaniakth VLog
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
16 февраля 2021 г. 11:55:14
00:02:46
Яндекс.Метрика