Загрузка страницы

Kursus Umrah | Ketibaan di Kota Suci Mekah - Ustaz Huzairi Umrah

#ustazhuzairiumrah

Mukadimah - 0:00 - 14:23

Ketibaaan di Kota Suci Mekah - 14:23

Venue - Masjid Jamek Al Arifffin Permatang Nibong Seberang Perai Tengah Pulau Pinang

Date - 6 Januari 2019

Nota Ringkas Perjalanan Ibadah Umrah

*TIDAK DIBENARKAN MENJUAL ATAU MEMBUAT SALINAN TANPA IZIN DARIPADA PEMILIK NOTA INI, JUJURLAH PADA DIRI SENDIRI, ALLAH MELIHAT APA YANG KITA LAKUKAN.

KETIBAAN DI KOTA SUCI MEKAH

Sebaik sahaja Jemaah tiba di Hotel penginapan, pastikan semua barangan Jemaah telah diambil dan diturunkan. Jemaah diminta berkumpul dan mendengar arahan dari pihak Petugas untuk proses urusan memasuki bilik hotel. Kerjasama dari semua Jemaah amat-amat dihargai.
Perlu diingatkan, Jemaah sedang berada didalam Ihram Umrah, jadi banyakkan bersabar dan bertalbiah.

Setelah semua urusan bilik selesai, Jemaah akan diberi masa untuk berehat seketika dan selepas itu Jemaah akan di pimpin oleh Mutawif untuk mengerjakan Umrah.

Oleh itu sebelum Jemaah ke Masjidil Haram, pastikan perkara perkara seperti berikut:-

1. Memastikan badan bersih dan suci.
2. Pakaian ihram dan beg yang digalas bersih dan suci.
3. Mengambil wuduk dengan sempurna.
4. Menutup aurat dengan sempurna bagi Jemaah lelaki dan wanita.
5. Memastikan tidak memakai pakaian yang dilarang semasa dalam ihram.
6. Memakai tag / tanda pengenalan diri serta bawa kad hotel.
7. Membawa sedikit wang tunai.
8. Pastikan kunci / kad bilik hotel dan tinggalkan kunci di kaunter hotel.
9. Berjalan secara berkumpulan / berjemaah ke Masjidil Haram sambil bertalbiah.
10. Membawa uncang / beg kasut untuk mengisi kasut dan simpan di rak yang disediakan.
11. Membawa buku doa jika perlu.
12. Bawa ubat ubatan jika perlu.

Catatan:
- Bagi Jemaah wanita yang uzur ( Haid ) wajib juga berniat di Miqat pada permulaannya, tidak boleh mengikut Jemaah yang lain masuk ke Masjidil Haram untuk melakukan Tawaf, Saie dan bergunting / bercukur.

- Bagi Jemaah yang menghadapi masalah kesihatan untuk melaksanakan Tawaf / Saie secara bersendirian, tidak perlu tergesa-gesa untuk melaksanakannya. Melainkan setelah mendapat rehat yang cukup dan dibantu oleh ahli keluarga sendiri atau mengupah orang lain menolak kerusi roda.

- Jemaah yang uzur tidak boleh mengupah orang lain untuk melaksanakan Tawaf / Saie bagi dirinya, melainkan Jemaah tersebut mengupah orang lain untuk melaksanakannya dengan Jemaah tersebut disorong. ( Kena Upah Orang Lain Untuk Tolak Kerusi Roda )

- Bagi Jemaah yang ada masalah kesihatan, sila bawa bersama ubat jika perlu

Видео Kursus Umrah | Ketibaan di Kota Suci Mekah - Ustaz Huzairi Umrah канала Tv Al Firdausi
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
7 января 2019 г. 6:26:55
02:08:52
Яндекс.Метрика