Загрузка...

Peneraju Transformasi Pengurusan Sisa Pintar & Mampan

Tahniah kepada Datuk Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEB Waste Management Sdn Bhd atas pengiktirafan sempena BISA 2026 menerusi penerimaan Anugerah Inovasi Pengurusan Sisa.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan KDEB Waste Management (KDEBWM) dalam memacu transformasi industri pengurusan sisa melalui pendekatan yang lebih pintar, mampan dan berteraskan inovasi demi kesejahteraan masyarakat serta kelestarian alam sekitar.

Sepanjang sedekad perjalanan KDEBWM pelbagai cabaran telah ditempuhi dalam memperkukuh sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di seluruh Selangor.

Melalui perancangan strategik dan pelaksanaan inisiatif bersepadu secara konsisten, KDEBWM berjaya membangunkan sistem operasi yang lebih cekap dan berkesan selain mengintegrasikan teknologi digital, analitik data serta prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam keseluruhan rantaian nilai syarikat.

Pendekatan progresif ini turut memperlihatkan keupayaan KDEBWM menggabungkan kecemerlangan operasi dengan strategi berpandangan jauh dalam membentuk masa depan industri pengurusan sisa bertaraf dunia.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh inovasi dan kelestarian industri pengurusan sisa demi masa depan yang lebih bersih, cekap dan mampan.

#BISA2026 #KDEBWM #DatukRamliMohdTahir #PengurusanSisa #Kelestarian #ESG #Inovasi #WasteManagement

Sinar Harian merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu Malaysia. Menyampaikan berita nasional, global yang terkini dan sahih.

Berita terkini: https://www.sinarharian.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian
Twitter: https://twitter.com/SinarOnline
Instagram: https://www.instagram.com/sinarharian/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@sinarharianon...
Telegram: https://t.me/SinarHarianOfficial
YouTube: https://www.youtube.com/c/SinarHarianTV

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

Видео Peneraju Transformasi Pengurusan Sisa Pintar & Mampan канала Sinar Harian
Яндекс.Метрика
Все заметки Новая заметка Страницу в заметки
Страницу в закладки Мои закладки
На информационно-развлекательном портале SALDA.WS применяются cookie-файлы. Нажимая кнопку Принять, вы подтверждаете свое согласие на их использование.
О CookiesНапомнить позжеПринять