Загрузка страницы

Kerana-Mu

20 tahun tinggal pondok kecil tanpa tandas. Ditempat pembuangan sampah yang besar. 3 longgokan sangat besar sampah. Ada 3 pondok kecil disitu yang tiada tandas pun. Takde rupa rumah langsung. Sedihnya rasa. Jika ingin mandi mereka ke surau berdekatan. Tadah air. Makcik tua umur 70an bersama anak cucunya disitu selama 20 tahun di Pasir Mas Kelantan. Jika hujan lebat habis air naik dengan sampah-sampah. Tak patut ada sesiapa tinggal disitu.

Sebaik sampai mereka semua kenal saya. Adik tu sebak betul ke ustaz ebit lew ini. Makcik tu sakit dah uzur. Tak kuat nak berjalan. Mereka kenal saya. Baik-baik adik-adik ni. Ujian mereka.

Dengar kisah hidup mereka buat saya menangis. Ada yang tak habis sekolah. Tapi serius adik ni semua baik-baik. Kisah mereka terasa masa saya pernah rasa susah dulu. Rasa rendah diri dan malu nak jumpa orang.

Dengan izin Allah, 20 tahun diuji hidup disini selesai dalam masa 2 jam pindah ke rumah baru sewa. Bahagia rasa. Saya rasa syukur sangat dapat bayar sewa rumah dan bil buat keluarga yang baik ini. Saya belikan peti ais,mesin basuh, kipas, cerek elektrik,rice cooker dan katil besar 2 dan 2 katil single dengan tilam dan bantal.

Syukur sangat rasanya. Dibantu oleh penduduk setempat yang baik. Terima kaseh semua yer. Tadi menangis tengok makcik ni yang uzur. Rindu mak saya. Baik makcik ini. Anak dan cucunya semua lembut cakap dengan saya.

Adik ni saya bagi semangat untuk capai cita-cita. Ada seorang masih belajar. Dengar perasaan mereka dari kecil buat hati saya sayu jer. Rasa bersalah dan sedih sangat. Syukur puas sangat melihat air mata dan senyuman mereka.

Terima kaseh kak Raja Anita tunjukkan jalan tadi dan ada membantu hantar barang dapur. Terima kaseh JKM dan zakat hadir membantu mereka barang dapur. Terima kaseh penghulu dan ketua kampung. Terima kaseh ajk masjid yang ambil tahu keadaan keluarga ini. Mei ini bermula bantuan untuk mereka dari jkm insyaAllah. Terima kaseh semua yer. Sama-sama kita bantu membantu dalam kebaikan.

Видео Kerana-Mu канала Ebit Lew
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
17 мая 2020 г. 17:15:31
00:08:40
Яндекс.Метрика