Загрузка...

[VIDEO RANGKUMAN] PROGRAM SANTUNI MADANI HARI KE-2

[𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗨𝗠𝗔𝗡]

Majlis Perasmian Penutupan Program Tautan Perdana JPA-INTAN Kampung Telaga Ara, Gunong, Bachok, Kelantan.

YBhg. Tan Sri KPPA mengucapkan tahniah kepada pasukan INTAN khususnya di bawah pimpinan YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKLW), yang telah bekerjasama secara strategik memastikan kemudahan untuk penduduk dapat dilaksanakan.

Menerusi program ini, banyak pembangunan yang telak dilaksanakan antaranya ialah membaik pulih rumah penduduk uzur, penggantian karpet baharu surau, gazebo, pembaikan di sekolah seperti pemasangan penyaman udara dan televisyen pintar dan usaha menaik taraf rangkaian telekomunikasi dan pemasangan lampu solar di Kampung Telaga Ara, Gunong, Bachok.

Jika terdahulu di bawah Program Kampung Angkat MADANI, Kampung Pulau Aman, Pulau Pinang merupakan kampung pertama yang telah siap, manakala di bawah Program Santuni MADANI pula, Kampung Telaga Ara juga kampung pertama yang telah siap.

Semoga segala usaha murni JPA-INTAN dilaksanakan secara berterusan bagi membantu meningkatkan kualiti kehidupan para penduduk kampung. Ini boleh dilakukan melalui kerjasama strategik dari pelbagai jabatan Kerajaan.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#berkhidmatuntuknegara
#taatsetia
#agendareformasiperkhidmatanawam
#JPA
#SeiringSepakat
#HEMAT
#RealisasiReformasi

Видео [VIDEO RANGKUMAN] PROGRAM SANTUNI MADANI HARI KE-2 канала Jabatan Perkhidmatan Awam
Страницу в закладки Мои закладки
Все заметки Новая заметка Страницу в заметки