Загрузка страницы

Nasi Ayam yang sangat sedap ! dengan 5 rempah istimewa

Untuk merakamkan video masakan merupakan cabaran yang sangat hebat. Kita kena mengejar masa dan faktor cahaya adalah yang cukup sukar terutamanya bila cuaca yang tidak menentu.
Pagi cantik je.. dengan panas sang suria.. tiba-tiba mendung , di tambah hujan yang mencurah-curah serta kilat sabung menyabung membuat kan adio rakaman sedikit terganggu.

Lagi pula rumah ita yang agak kurang pencahayaan.. bila hujan lagi gelap dan sukar nak ambil video.

Johor Bahru - Pagi panas, mendung serta hujan dan ribut petir di sebelah petang

Hari ni ita nak kongsikan cara menyediakan nasi ayam yang boleh ita katakan original juga menggunakan 5 rempah yang kita boleh sediakan sendiri di rumah. Kalau nak beli yang dah siap pun ada jual. Tapi mungkin sukar bagi sesetengah daripada kita nak dapatkan 5 spicess atau 5 rempah tersebut. Kalau pergi ke pasaraya besar insyaallah ada..

Jom ita kongsikan resepi cara buat nasi ayam, rosted chicken, rempah perapan istimewa dan sos untuk di makan bersama nasi ayam. Hidangan lengkap dan lazat ni harus di cuba ! sedap tau!
* cara masak sila rujuk video

NASI AYAM

STOCK AYAM
1 ekor ayam
Halia
bawang putih
daun bawang
air secukup untuk merebus ayam
garam

Rebus ayam 30 minit kemudian toskan ayam hingga kering

ROSTED CHICKEN

5 SPICES
Pepper flower
Ketumbar
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
bunga lawang

4 s/b madu
1/2 cawan kicap pekat
1/4 cawan sos tiram
1 s/b 5 spices
1 s/t lada sulah
Halia kisar
bawang putih kisar
garam
gula perang
minyak bijan

* buat 5 spices dulu kalau dah beli yang siap tak perlu buat
* satukan semua bahan kecuali minyak bijan
* sorry dlm video terskip halia dan bwg putih
* masa nak buat stock tu halia dan bawang putih tu ita bahagi 2 , separuh untuk stock dan separuh untuk perap ayam.
* kalau nak mudah blend terus halia dan bawang putih tu banyak. Sebab nanti nak guna untuk buat sos jugak. Biasa ita buat macam tu... tapi ni buat video kena tunjuk satu-satu sebab nanti ada pulak yang kata tak faham
Bila ayam dan kering salut atau lumur bahan perap pada ayam. Perap lagi 3 jam
lepas tu bakar.
Baki perapan tu buat sos kicap untuk curah atas ayam. Masuk dalam kuali tambah minyak bijan dan masak kalau pekat sangat tambah stock ayam sikit.

NASI

Beras - cuci dan toskan ( ikutlah bayak mana )
Lemak ayam - ambil lemak dari ayam , kat bahagian leher ke , dada ke.. kepak ke..
bawang putih
halia - hiris
1 helai daun pandan
stock ayam secukupnya untuk tanak nasi
minyak bijan
* panaskan lemak hingga keluar minyak
tambah minyak bijan
Masukkan halia,
bawang putih
daun pandan
masukkan beras dan goreng
masuk dalam periuk letak stock ayam dan garam dan tanak asi macam biasa.

SOS CILI

bawang putih
halia
cili merah
cili padi
stock ayam
garam dan gula
jus limau kasturi
* cara penyediaan rujuk video

SOS HALIA

halia
bawang putih
daun bawang
cuka
minyak bijan
garam dan gula
* cara penyediaan rujuk video

Sukatan bahan tu agak-agak lah ya.. ikut banyak mana nak masak
yang kak ita masak dalam video tu boleh makan untuk 5 orang

* terima kasih sudi menonton, terima kasih atas sokongan. Jangan lupa like, subscribe dan tekan butang loceng untuk menjadi mereka yang awal tau video terbaru kak ita.

Sokongan anda amat di hargai
terima kasih

Видео Nasi Ayam yang sangat sedap ! dengan 5 rempah istimewa канала Azlita Masam Manis
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
8 сентября 2020 г. 6:00:01
00:14:38
Яндекс.Метрика