Загрузка страницы

Donnie Yen Jumpa Bruce Lee! IP MAN 4: The Finale (Malaysia) Sidang Media 11/12/2019

IP MAN 4: The Finale (Malaysia) - Press Conference @St. Regis KL 3PM [11/12/2019]

KUALA LUMPUR, 11 DlSEMBER 2019 - Dibawakan oleh Lotus Five Star bersama RAM Entertainment selaku rakan pemasaran, filem kung fu IP Man 4 The Finale kembali menyatukan aksi seni bela diri legenda Wing Chun dengan gabungan hebat Ip Man dan anak didiknya iaitu Bruce Lee. Aksi kali ini pasti akan meninggalkan kesan kepada penonton kerana ia akan menyaksikan ikatan emosi antara hubungan pelajar-guru yang kuat antara Ip Man dan Bruce Lee, di mana ia tidak terlalu fokus dalam tiga filem sebelumnya.

Tidak dinafikan francais Ip Man yang berterusan sejak 10 tahun lalu telah menjadi fenomena global dalam seni mempertahankan diri, di mana Donnie Yen memainkan peranan penting sebagai Mahaguru lp Man sendiri. Terdapat banyak aksi epik yang ditampilkan, termasuk adegan Ip Man bertarung dengan 10 pemegang tali pinggang hitam dalam filem pertama, ’aksi meja bulat’ di lp Man 2 dan pertarungan 3 minit dengan bekas juara tinju dunia, Mike Tyson dalam lp Man 3 setiap fi|em pastinya meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada penonton. Episod akhir, lp Man 4 The Finale pula menceritakan kisah Ip Man yang memulakan sekolah seni mempertahankan diri Wing Chun di Amerika Syarikat, tetapi perlu bersaing dengan guru seni mempertahankan diri dari negara yang berbeza.

Pada 11 dan 12 Disember, Donnie Yen, Danny Chan Kwok-Kwan yang membawakan watak sebagai Bruce Lee, penerbit Raymond Wong dan penulis skrip Edmond Wong akan membuat kemunculan di Malaysia da|am siri jelajah selama dua hari. Pihak penganjur telah merancang tiga sesi bertemu peminat di mana peminat lp Man boleh berjumpa secara dekat dengan pelakon yang telah membawakan watak legenda Mahaguru Wing Chun selama 10 tahun itu.

Di samping itu, pengurusan Lotus Five Star iaitu Datuk R. Doraisingam Pillai, En Garuna Murthee dan En Karthiik Doraisingam akan berada di sana untuk merasmikan pelancaran lP Man 4 The Finale, yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 20 Disember 2019.

Pada 11 Disember kira-kira pukul 8.00 malam, Raymond Wong, Donnie Yen, Danny Chan Kwok-Kwan dan Edmond Wong akan membuat kemunculan di Centre Court, Suria KLCC, Kuala Lumpur dan disamping itu juga, pihak penganjur akan menjemput Sifu David Peterson bersama 4 orang muridnya untuk membuat satu demonstrasi ’Wing Chun’ di pentas semasa sesi pertama bertemu peminat.

Kemudia para pelakon akan terus menuju ke MBO The Starling, Petaling Jaya pada pukul 8.30 malam untuk meraikan acara Tayangan Gala lp Man 4 The Finale di samping harapan untuk mencatat kejayaan pecah panggung serta terus menjadi filem cina nombor 1 di Malaysia.

###

IP MAN The Quadroligy Series Sifu of Bruce Lee
2008 - Ip Man
2010 - Ip Man 2
2015 - Ip Man 3
2018 - Master Z: The Ip Man Legacy
2019 - Ip Man 4: The Finale

@ipman4movie @donnieyenofficial @dannychankwokkwan @lotusfivestarav @ram.entertainment @stregiskl #IpMan4TheFinale #DonnieYen #DannyChanKwokKwan #RaymondWong #EdmondWong #HongkongMovie #TrueLegend #IpMan #WingChun #BruceLee #JeetKuneDo #SidangMedia #Pelancaran #LotusFiveStar #RamEntertainment #StRegisKL

@realmemalaysia ☆☆☆☆☆
Captured A/V And Photo With #Realme5Pro 8GB RAM | 128GB #MyRealme5Pro #RealmeMalaysia

Видео Donnie Yen Jumpa Bruce Lee! IP MAN 4: The Finale (Malaysia) Sidang Media 11/12/2019 канала 4uWeSeeTV
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
12 декабря 2019 г. 0:01:12
00:16:42
Яндекс.Метрика