Загрузка страницы

#Amanz24 - Honor 7S RM 379 Di Lazada, OpenKirin Diperkenalkan, Kamera Sony RX100 VI RM 4899

Berita hari ini dimulakan dengan kehadiran telefon pintar Honor 7S ke pasaran tempatan. Telefon pintar ini membawakan rekaan skrin 5.45 inci, djana dengan cip MediaTek MT6739, kamera utama 13MP dan kamera swafoto 5MP. Peranti ini sudah boleh dipra tempah melalui laamn Honor Malaysia di Lazada dan boleh didapati pada harga RM379.

Kamera Sony RX100 VI juga telah ahdir ke pasaran Malaysia dengan sokongan zoom jarak jauh melalui penggunaan lensa 24-200mm. Kamera ini juga menyokong rakaman jarak jauh, menggunakan sensor CMOS 1 inci, kelajuan rakaman gambar berterusan 24fps dan boleh dipra tempah pada harga RM4899 sehingga 8 Julai ini.

Selain itu, peranti peranti keluaran Huawei dan Honor kini sudah boleh mencuba OpenKirin yang mana ia membolehkan peranti keluaran ini menggunakan antaramuka Android asli pada peranti yang menggunakan pemproses Hisilicon Kirin.

Akhir sekali, peranti OnePlus yang telah menawarkan kemaskini Oxygen OS untuk siri OnePlus 3 dan siri Oneplus 5 dan OnePlus 6 mereka. Namun, kemaskini ini dilaporkan mempunyai masalah dan membuatkan bateri peranti-peranti ini lebih cepat habis.

Видео #Amanz24 - Honor 7S RM 379 Di Lazada, OpenKirin Diperkenalkan, Kamera Sony RX100 VI RM 4899 канала Amanz
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
25 июня 2018 г. 11:19:25
00:01:35
Яндекс.Метрика