Загрузка страницы

Kisah Mia & Adam ep 1

RASIONAL MESEJ

Ambil Kisah. Ambil Tindakan adalah satu ungkapan yang di dalamnya tersirat makna yang mendalam untuk tujuan membawa kesedaran kepada orang ramai. Ungkapan ini mengingatkan kita untuk sentiasa peka dengan keadaan dan perubahan yang berlaku di sekeliling kita, terutamanya pada anak-anak kita. Bila kita mengambil kisah, kita peka dan tahu apa yang sedang berlaku dalam kehidupan anak-anak kita serta orang yang tersayang, termasuklah masalah yang mereka hadapi. Tetapi, kepekaan sahaja tidak akan menyelesaikannya. Kalau kita benar-benar menyayangi mereka, kita wajib mengambil tindakan demi kesejahteraan keluarga kita.

Ambil Kisah. Ambil Tindakan adalah ungkapan yang boleh menyelamatkan bukan sahaja kebahagiaan keluarga, malah nyawa mereka yang tersayang dan diri kita sendiri.

SINOPSIS

ADAM adalah seorang yang ceria dan amat menyayangi adiknya, MIA. Walaupun begitu, sikap Adam berubah setiap kali dia bersama kawan-kawannya. Adam mula menjadi seorang yang suka memberontak dan menjauhkan diri. Dia sering termenung dan kelihatan tidak terurus. Menyedari perubahan abangnya itu, Mia menjadi musykil dan keliru. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan Adam.

Satu hari, akibat tertekan, Adam telah melarikan diri. Ini membawa kesan yang besar terhadap diri Mia. Dia terasa seperti sebahagian besar jiwanya kini kekosongan. Walaupun sedih dan kecewa, Mia tidak pernah berputus asa. Mia gigih mencari Adam. Dia perlu mencari cara untuk membawa Adam pulang ke pangkal jalan, sebelum abangnya itu hilang buat selama-lamanya.

Barisan pelakon:

Mia : Mia Sara Nasuha
Adam : Zahiril Adzim
Ayah : Arash Mohd
Ibu : Safura Yaa'cob
Sara : Hanis Zalikha

Diterbitkan oleh:
Bulb Communique Sdn Bhd & Phuture Phlow Film

Pengarah:
Khairul Azri

Kempen:
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Agensi Antidadah Kebangsaan
(2013-2014).

Brand Management Team:
Abdul Hadei Mohd Sani (Associate Brand Manager)
Mazlifah Majid (Brand Director)

Видео Kisah Mia & Adam ep 1 канала TheAADK
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
16 июля 2013 г. 12:41:48
00:02:05
Яндекс.Метрика