Загрузка страницы

🇸🇦 Hiking Jabal Nur Hira Cave Saudi Arabia

Jabal Nur (Bukit Bercahaya)
270 meter ,600 anak tangga.

Menyelusuri pengorbanan Siti Khadijah yang menghantar makanan setiap hari ketika Rasulullah beruzlah di Gua Hira. Memang penat walaupun situasi mendaki kami lebih selesa bertangga batu berbanding zaman dahulu yang berbatu dan pasir. Betapa sukarnya Saidatina Khadijah dahulu.

Walaubagaimanapun pendakian ini sangatlah berbaloi untuk dicuba kerana bukit ini juga merupakan saksi Rasulullah menerima wahyu pertama dari malaikat Jibril di Gua Hira.

Lokasi Jabal Nur tidak jauh dari Masjidilharam, lebih kurang 5km (15 minit) perjalanan menaiki kereta. Boleh ambil transport teksi atau careem (uber) untuk ke sini. Bagi trip kami pihak urusetia yang uruskan dan hanya perlu membayar SR40.

Pendakian bermula sekitar jam 6 petang dan sampai ke puncak jam 7 malam. Saya mengambil masa satu jam kerana banyak berhenti rehat, mengambil video dan minum jus limau sambil menikmati pemandangan senja di sekitar. Lain rasa dia tau, must try!

Jemaah lain tiba di puncak lebih awal dan dapat tengok Gua Hira pada hari masih cerah.
Walaubagaimanapun kami tidak turun ke Gua Hira kerana terlalu ramai orang bersesak di pintu masuk gua yang sangat sempit itu.

Bagi perjalanan turun, hanya mengambil masa setengah jam sahaja tetapi perlu lebih berhati-hati kerana tangga yang agak cerun dan tidak sama tinggi.

Tips untuk mendaki:
1) Lakukan pada waktu cuaca redup atau malam ( seperti subuh atau hampir maghrib), matahari tidak terlalu panas dan cuaca lebih sejuk.
2) Bawa lampu / handphone full charge / sweater untuk pendakian malam.
3) Jika mahu solat di puncak, disarankan ambil wuduk dihotel atau bawa spray wuduk.
4) Bawa gula-gula atau duit kecil untuk disedekahkan kepada anak2, penjual air, penyapu sampah atau pembuat tangga. Walaupun ada yang berpendapat sebaliknya, tapi tak rugi pun kalau sedekah sikit dan hargai apa yang mereka lakukan. Kita tak tau behind the story mereka.
5) Tongkat bagi lutut yang tak kuat seperti saya :)

Ok setakat ini dulu. Anda boleh betulkan info jika ada yang salah dan tambah point lain dikomen. Wassalam.

Видео 🇸🇦 Hiking Jabal Nur Hira Cave Saudi Arabia канала mc noroi
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
20 апреля 2022 г. 8:16:57
00:19:24
Яндекс.Метрика