Загрузка страницы

Berbaloi ke ASB Financing?

Apakah single indicator yang menunjukkan ASB financing berbaloi atau tidak? Kalau ASB senang nak tahu, hanya kira dividen tahunan sahaja. Tetapi ASB financing bagaimana? Jika saya tanya anda, berapakah prestasi pelaburan ASB financing anda, apakah angka yang anda berikan?

Risiko
Pertama, untung akan berkurang jika dividen ASB jatuh di bawah 7% . Kes #2 akan jauh lebih sensitif akan perubahan ini. Bermakna, ya betul anda mungkin buat untung lebih 11% tetapi anda juga berkemungkinan rugi lebih 15%.

Risiko ini tiada jika anda memilih melabur secara langsung setiap bulan.

Kedua, kadar Base Rate atau dulunya dikenali dengan BLR boleh naik tanpa minta persetujuan anda. Ini akan menyebabkan kos bayaran hutang meningkat lantas mengurangkan keuntungan ASB financing.

Jadi ASB financing ini boleh kerat kita atas dan bawah lebih-lebih lagi Kes#2.

Ketiga, opportunity loss. Membuat ASB financing akan mengikat kita dengan hutang. Kelayakan untuk mendapat pinjaman beli rumah akan berkurang. Maka kita mungkin terlepas peluang pelaburan yang lebih baik di masa hadapan sama ada pelaburan rumah atau pelaburan saham.

Kempat, penalty dan kos-kos lain. Ada ASB financing yang mengenakan penalti apabila tebus hutang sebelum tempohnya. Atau ada juga bank yang mensyaratkan untuk menyertai skim takaful atau insurance yang dipakejkan sekali dengan loan.

Kelima, status patuh shariah ASB. Apa kata kerajaan baru ambil alih negara dan mufti baru mengeluarkan fatwa ASB jatuh haram? Ataupun sebahagian daripada dividen ASB mesti dibersihkan?

Видео Berbaloi ke ASB Financing? канала Elias Abllah
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
4 декабря 2016 г. 21:40:02
00:06:46
Яндекс.Метрика