Загрузка страницы

Kuih Gulung / Ketayap

#kuihmelayu #campak2aje #foodunitesus

Hi semua! Terima kasih diucapkan kerana sudi mengunjungi channel SWEETEST SALT. Video resipi yang saya share adalah resipi yang simple sahaja dan menggunakan bahan² yang mudah didapati.

Kuih gulung ni juga di kenali sebagai kuih ketayap.
Resipi dan teknik buat kuih gulung seperti di bawah ini :-

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Resipi Kuih Gulung/Ketayap

Bahan2 Inti Kelapa
1 biji kelapa parut ( ambil yang putih sahaja )
1 ketul gula anau / gula melaka
sehelai dua daun pandan
Sedikit air

Cara2 membuat Inti Kelapa :-
1. Masukkan kelapa parut ke dalam kuali
2. masukkan pula gula anau, air dan daun pandan
3. kalau hingga semua sebati dan masak atas api yang perlahan supaya tak hangus
4. pastikan kacau selalu supaya gula anau yang cair meliputi seluruh kelapa
5. masak lama sedikit hingga kering supaya inti tahan lama

Bahan2 Tepung Kuih atau Crepe

2 cawan tepung gandum
1/4 atau suku cawan minyak
Secukup air
Secubit garam
1 biji telur
Beberapa helai daun pandan

Cara2 buat adunan tepung:-
1. Carik2kan daun pandan dan masukkan ke dalam blender.
2. Kemudian tuangkan air dan blend hingga hancur
3. Kemudian tapiskan untuk dapatkan air daun pandan
4. Setelah itu tuangkan kesemua bahan2 ke dalam blender ( tepung, minyak, air, garam, telur dan air daun pandan )
5. Kemudian blend kan kesemua nya hingga sebati
6. Panaskan kuali leper dan tuangkan sedikit minyak. Kemudian ceduk satu senduk adunan tepung dan letak kan ke dalam kuali
7. Rata kan adunan tepung dengan cepat supaya cantik dan rata.
8. Terbalikkan supaya masak di kedua2 bahagian.
9. Setelah adunan tepung masak, cedukkan pula inti kelapa dan letak di atas adunan tepung
10. Lipat dan gulung dengan kemas supaya kulit kuih tidak koyak dan inti tidak terkeluar
11. Ulang proses sama hingga selesai
12. Sedia untuk dihidangkan

Selamat Mencuba!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Song from YouTube Library : Bluesed and Abused

Видео Kuih Gulung / Ketayap канала Sweetest Salt
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
8 марта 2020 г. 13:15:09
00:04:56
Яндекс.Метрика