Загрузка страницы

FERI RORO LANGKAWI DARI KUALA PERLIS KE LANGKAWI PART1 (FERRY RORO DRIVING GUIDE)

FERRY RORO DRIVING GUIDE
Saya kongsikan tips cara membawa kereta sendiri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi.
RORO sebenarnya adalah ringkasan bagi Roll On / Roll Off. Feri ini menuju ke jeti Dermaga Tanjung Lembah di Langkawi dan perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi menaiki perkhidmatan ini mengambil masa selama 2 jam 30 minit.

*Bagi mereka yang berminat menggunakan perkhidmatan Langkawi Ro-Ro Feri Services Sdn Bhd, berikut merupakan panduan untuk menempah tiket.
pastikan dokumen- dokumen penting perlu disediakan sebelum membuat penempahan tiket :
1. Salinan Geran kenderaan
2. Salinan IC pemandu
3. Maklumat penumpang (Nama dan nombor kad pengenalan)
4. Nombor telefon pemandu
5. Sebarang maklumat atau dokumen berkaitan
Syarikat Langkawi Ro-Ro Feri Services Sdn Bhd. akan memproses dokumen- dokumen dihantar dan para penumpang akan memperoleh info tempahan melalui SMS atau email selepas pengesahan dokumen. Pastikan anda menghantar semula segala maklumat kepada syarikat tersebut sekurang- kurangnya 3 hari sebelum tarikh perjalanan. Bayaran haruslah dilakukan secepat mungkin dan harga tiket akan diberitahu melalui email atau SMS.

Para penumpang perlu memastikan kenderaan anda berada 2 jam lebih awal daripada waktu perjalanan untuk memudahkan urusan pemeriksaan kastam. Tiket anda akan dibatalkan jika tidak mematuhi syarat ini.

Bagi mereka yang berhasrat menggunakan perkhidmatan ini, anda boleh menghubungi nombor telefon di bawah untuk maklumat lanjut.

Nombor telefon: 04-9854881 (Kuala Perlis)
Nombor telefon: 04-9669881 (Langkawi)
Laman web: http://www.langkawiroro.com/

Semoga perkongsian info mengenai RORO Kuala Perlis ke Langkawi ini bermanfaat kepada anda. Bersama kita menyokong industri pelancongan dalam negara kita.

https://ticket.langkawiroro.com/

Видео FERI RORO LANGKAWI DARI KUALA PERLIS KE LANGKAWI PART1 (FERRY RORO DRIVING GUIDE) канала KAMAL YAZID
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
4 января 2022 г. 13:03:37
00:20:51
Яндекс.Метрика