Загрузка страницы

SODOP UNDUK NGADAU PERINGKAT NEGERI 2019

I Already Ask Permission from gingkaras.tv to upload this video by part by part..Credit to their livestream on FB ..Do follow them on FB .

https://www.facebook.com/GingKarasDotCom/

Harvest Festival, or commonly known as Tadau Kaamatan, is a sacred tradition to honour the bond between the Creator and Creation. According to legend, this is to give thanks to their god, Kinoingan, for sacrificing his daughter, Huminodun, by cutting her to pieces and spread it across the field which then produced a fruitful harvest of the paddy. The word ‘Kaamatan’ means “harvest” in Kadazandusun.

This belief stems from the Kadazan-Dusun tribe and although it is highly practice by the community, it is now widely celebrated by the whole of Sabah; illustrating the strength of our unity.
Sodop unduk ngadau means Gala Night Unduk Ngadau.
BAGI kebanyakan warga Malaysia, Unduk Ngadau mungkin hanya satu lagi pertandingan ratu cantik tetapi Unduk Ngadau yang diadakan pada Mei setiap tahun sempena perayaan Tadau Kaamatan sebenarnya adalah tradisi rakyat Sabah yang diadakan bagi mengenang cerita legenda pengorbanan Huminodun.

Sebelum dikenal sebagai Unduk Ngadau sejak tahun 1991, ia terlebih dahulu dikenali sebagai Ratu Kaamatan. Unduk Ngadau datang daripada perkataan 'Runduk Tadau', yang membawa maksud 'gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari'.

Mitos Unduk Ngadau ini berkisar tuhan masyarakat Kadazandusun, Kinorohingan dan isterinya, Suminundu, yang terpaksa mengorbankan anak perempuan mereka Huminodun. Mereka terpaksa berbuat demikian kerana percaya masalah bencana alam yang melanda kampung mereka akan berakhir selepas upacara pengorbanan gadis jelita.

Mengikut legenda, segala bahan makanan yang wujud pada ketika itu berasal daripada tubuh gadis berkenaan. Beras ketika itu datangnya daripada isi gadis yang putih melepak, darahnya pula bertukar menjadi lada dan kepalanya bertukar menjadi kelapa serta jari jemarinya bertukar halia.

Tentunya, kepercayaan ini turut dikongsi oleh beberapa etnik lain termasuk Murut dan Rungus, sekali gus terbabit sama dalam meraikan acara itu pada setiap tahun bermula 30 sehingga 31 Mei.

Cerita legenda itu terus dilestarikan bagi mengenang kembali sejarah pengorbanan Huminodun menerusi penganjuran pertandingan Unduk Ngadau atau ratu cantik yang diadakan di seluruh Sabah dengan pertandingan akhirnya diadakan di Kota Kinabalu [KDCA @ HONGKOD] pada setiap kali perayaan Tadau Kaamatan.

Beliau yang juga berketurunan Rungus itu berkata, acara berkenaan bukan saja membimbingnya untuk menjadi seorang gadis yang berdisiplin dan berkepimpinan bahkan turut menjadi pencetus semangatnya untuk menyayangi tradisi yang sudah diamalkan sejak sekian lamanya.

"Kita bertanding bukan dengan hanya memperagakan kecantikan malah dalam pertandingan pelbagai cabaran diberikan bagi memastikan kami benar-benar layak menerima gelaran Unduk Ngadau.

"Kami diuji menjawab beberapa soalan berkaitan adat dan budaya termasuk berkomunikasi mengikut bahasa ibunda masing-masing, justeru menerusi pertandingan itu kita boleh melihat sejauh mana peserta terbabit benar-benar mahu menyertai acara itu khusus memperingati sejarah Huminodun atau sebaliknya"

Sehingga hari ini, cerita legenda Huminodun terus bersemadi dalam jiwa masyarakat Bumiputera Sabah dengan mengangkat semangat itu sebagai satu acara gilang gemilang yang diraikan.

Credit Facebook Live

https://www.facebook.com/GingKarasDotCom/

Видео SODOP UNDUK NGADAU PERINGKAT NEGERI 2019 канала Ady Sinty
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
30 мая 2019 г. 10:49:48
00:31:08
Яндекс.Метрика