Загрузка страницы

NO BAKE LOTUS BISCOFF CHEESECAKE | BISCOFF CHEESECAKE TANPA OVEN & MUDAH

Hai semua.
Kali ni TD nak kongsi resepi kek viral yang mudah dan tak perlu bakar.
Sebenarnya lebih sebulan lepas nak upload. Bahan dah ada. Tapi nak buat dan shoot tu take time. Suddenly pulak ada kekangan kan? Tu lah yang menyebabkan upload video lambat sikit beberapa minggu ni.

Lotus Biscoff Cheesecake ni sangat mudah dan rasanya pun saangat sedap. Lagi lagi bila dimakan masa sejuk. Rasanya macam makan cheesecake dengan aiskrim.

Star of the show Biscoff Cheesecake ni sudah tentulah Lotus Biscoff Cookies & Lotus Biscoff Butter spread. Memang sekarang kat kedai pun licin je both ni. Maklumlah kek viral 1 dunia. Mungkin boleh cari online, okies?

Untuk tips lain, sila baca di bawah.

Tips:
1. Untuk resepi ni, saya sarankan guna premium Cream Cheese jenama Philadelphia. Tak digalakkan guna Keju Tatura sebab Tatura ni terlalu berkrim dan milky. Rasa susu lebih. Masam kurang. Nak guna jugak boleh. Mungkin boleh tambah sikit jus perahan Lemon. Barulah Cheesecake kan?

2. Dalam resepi ni ada menggunakan Gelatin Halal. Tujuan Gelatin ialah untuk mengikat semua bahan- bahan dalam Cheescake mixture tu agar teksturnya nampak lebih lembut, kemas dan cantik. Kalau tak guna Gelatin boleh? Ya, boleh. Tapi tekstur dia akan jadi tak sama.

3. Semasa memasukkan whipped heavy cream ke dalam Cheese mixture, guna kaedah kaup balik/ fold dengan perlahan- lahan. Jangan terlalu cepat dan kasar sebab nanti, mixture tu terlalu kental.

4. Spread Lotus Biscoff butter yang sudah cair dengan melenggang- lenggangkan Loyang. Jangan ratakan biscoff butter dengan spatula atau sudu. Sebab nanti, akan rosakkan permukaan atas kek yang sepatutnya Nampak rata dan silky. NOTA: Cheesecake TD tu pun sepatutnya rata dan cantik atasnya. Tapi masa shooting ni fridge ada masalah pemeluwapan. Wap air yang duduk atas cling wrap menitik atas cake. Sobs sobs!

5. Alas dasar Loyang springform dengan baking paper untuk mudahkan remove cheesecake ke atas alas kek. Potong cake dengan pisau yang sudah direndam dengan air panas dan lap. Kek akan menjadi potongan yang kemas dan cantik.

//BAHASA MELAYU

BAHAN- BAHAN:
Bahagian Crust:
250g Biskut Lotus Biscoff
90g Mentega | dicairkan

Untuk Fiiling:
565g Keju Krim
200g Lotus biscoff cookie butter
240ml Heavy Cream |sejuk
85g Gula Aising
1 sudu teh Ektrak Vanila
14g Gelatin (HALAL) + 70 ml air

Topping:
200g Lotus Biscoff cookie butter
3-4 Lotus Biscoff cookies | Dihancurkan
//ENGLISH
INGREDIENTS:
For the Crust:
250g Lotus Biscoff Cookies
90g Butter |melted

For Filling:
565g Philadelphia Cream Cheese
200g Lotus Biscoff Cookie Butter
240ml Heavy Cream |cold
85g Powdered Sugar
1 tsp Vanilla Extract
14g Gelatin (HALAL) + 70 ml water

Topping:
200g Lotus Biscoff cookie butter
3-4 Lotus Biscoff cookies | crushed
#lotusbiscoffcheesecake #biscoffcheesecake #nobakecheesecake #viralcheesecake #lockdownmenu #tekakdiva
CREDIT MUSIC: https://www.bensound.com/
VISIT US ON SOCIAL MEDIA:
Instagram: https://www.instagram.com/tekak_diva/
Facebook: https://www.facebook.com/tekakdivastudio

Видео NO BAKE LOTUS BISCOFF CHEESECAKE | BISCOFF CHEESECAKE TANPA OVEN & MUDAH канала Tekak Diva Studio
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
16 июля 2020 г. 6:26:35
00:09:33
Яндекс.Метрика