KJ 'sekolahkan' Syed Saddiq, dibalas dengan senarai projek Umno
Pembangkang nampaknya terus memberikan saat sukar buat menteri termuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dengan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mahu "menyekolahkan" menteri belia dan sukan itu di Dewan Rakyat.
Ketika Syed Saddiq menggulung perbahasan titah diraja, Khairy mencelah untuk menyenaraikan "pelajaran" untuk Syed Saddiq.
Terdahulu, Ahmad Jazlan Yaakob (BN-Machang) juga menegur bahasa badan Syed Saddiq ketika ketua pemuda BERSATU itu menggelengkan kepala tanda tidak setuju berhubung kenyataan wakil rakyat BN itu berhubung kumpulan belia bahawa beliau "masih di sekolah ketika itu".
Ketika menyenaraikan pelajarannya, Khairy menyangkal kenyataan yang dikeluarkan timbalan Syed Saddiq, Steven Sim berhubung tindakan kementerian itu ketika pentadbiran BN, termasuk proses tender dans kandal rasuah RM100 juta - yang kemudiannya dipastikan sebagai RM38 juta.
"Sebagai kenyataan media rasmi dari timbalan menteri atau menteri, sangat penting untuk kita tepati fakta. RM100 juta (yang disebut dalam kenyataan itu) tak tepat. Apa yang tepat adalah RM38 juta - walaupun angka itu masih besar.
"(Tetapi) anda perlu pastikan apabila anda keluarkan kenyataan, ia perlu gunakan fakta yang tepat - pelajaran nombor satu."
Khairy juga membangkitkan kenyataan yang mengatakan kerajaan BN dulu menghentikan pelan pengurusan risiko rasuah dan menjelaskan ia adalah keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Pelajaran nombor dua - jangan membuat insinuasi (kenyataan tersirat) yang tidak tepat," katanya.
Beliau juga mempertahankan amalan rundingan terus dan tender terhad ketika menjadi menteri belia dan sukan, dengan mengatakan ia mendapat kelulusan kementerian kewangan dan melalui proses penilaian.
Beliau berkata tender terbuka tidak sentiasa memberikan keputusan terbaik, memberikan contoh sebuah syarikat yang menawarkan sistem teknologi maklumatnya untuk Sukan SEA tahun lalu dengan harga RM34 juta lebih murah daripada pembida lain tetapi tidak mempunyai prestasi yang baik.
"Saya sokong inisiatif anda untuk menambahbaik kementerian tetapi anda tidak perlu melakukannya sehingga memburukkan orang lain, terutama dengan fakta yang tidak betul," katanya.
Menjawab celahan Khairy, Syed Sadiq menyenaraikan beberapa tender yang akhirnya jatuh ke tangan pemimpin Umno.
Sebagai contoh, katanya, tiga kontrak berjumlah RM40 juta bagi perolehan dan penaiktarafan kelengkapan latihan kepada sebuah syarikat.
"Apabila kita membuat due dilligence, kita dapati ia (syarikat) bawah allahyarham ketua Umno Jelebu," katanya.
Satu lagi contoh adalah pembinaan Pusat Kecemerlangan Badminton Negara.
"Saya sendiri ke sana dan saya tanya, (tetapi) pihak di sana mula-mula tak mahu maklumkan. Saya tahu apabila mereka tak nak maklumkan pasti ada masalah.
Syed Saddiq berkata projek tersebut diberi melalui tender terhad kepada syarikat milik ketua pemuda Umno Bandar Tun Razak.
Beliau juga membangkitkan projek Kompleks Sukan Rembau di Negeri Sembilan yang pembinannya tidak mengikut jadual. Beliau berkata kontrak projek itu diberikan kepada bekas exco sukan kerajaan Negeri Sembilan.
Видео KJ 'sekolahkan' Syed Saddiq, dibalas dengan senarai projek Umno канала KiniTV

Показать
Комментарии отсутствуют
Информация о видео
Другие видео канала
![Wallahi, Wabillahi, Watallahi! 'Saya tak takut!'](https://i.ytimg.com/vi/5kkMImXoH_g/default.jpg)
![Dewan Rakyat panas, perang mulut antara Ismail-Rayer](https://i.ytimg.com/vi/Qi1UKiMKLRw/default.jpg)
![KJ Sekolahkan MP PH Di Parlimen Isu GST SST](https://i.ytimg.com/vi/z4rHf-4aPwQ/default.jpg)
![Calling Syed Saddiq a ‘budak’ is bullying, says Segambut MP to Pasir Salak MP](https://i.ytimg.com/vi/b5j5CwvJPCs/default.jpg)
![Dr M kagum cerita dongeng Ahmad Maslan ketika mencelah ucapan](https://i.ytimg.com/vi/alsJD7OOxD8/default.jpg)
![YB Syed Saddiq jawab soalan dari YB Annuar Musa | LIVE Dewan Rakyat](https://i.ytimg.com/vi/TkwaEhnKHHk/default.jpg)
![GST refund money 'robbed' by BN govt, says Guan Eng when rebuffing Khairy](https://i.ytimg.com/vi/jeMeewTejUQ/default.jpg)
![Syed Saddiq targeted at Dewan Rakyat when pressing on minister’s mandatory quarantine issue](https://i.ytimg.com/vi/fGs99A9W4Ik/default.jpg)
![Kelakar! Sidang DUN Melaka kecoh gara-gara isu babi hutan](https://i.ytimg.com/vi/3az2bkg-8gI/default.jpg)
![PAU 2016 : Ustaz Syamsul Debat - Wakil Negeri Sembilan](https://i.ytimg.com/vi/JQZDAYO4nT4/default.jpg)
![Anwar: Soal PM, jangan peduli bisikan syaitan](https://i.ytimg.com/vi/Xw9oFIiMm9U/default.jpg)
![Masalah Apa? Masalah Diri Hang Pun Tak Boleh Selesaikan - Arau](https://i.ytimg.com/vi/nQV7kcLZYFo/default.jpg)
![Isu "Rompak" GST : Speaker Gagal, Lim Guan Eng Menikus...](https://i.ytimg.com/vi/6egLRt-ZT8c/default.jpg)
![Lim Guan Eng: Where are the missing GST refunds?](https://i.ytimg.com/vi/YvgJyZKzMYE/default.jpg)
!['Awat takut ke, pondan ke apa!', dewan tegang antara Rayer dan KJ](https://i.ytimg.com/vi/Sz5NJ4cARVU/default.jpg)
![GARANG BETUL Kota Tinggi - INSAF TERUS Jelutong Dibuatnya 😅](https://i.ytimg.com/vi/vEUgT-J6Hig/default.jpg)
!["MP Pasir Salak berbahasa Inggeris, Dr M kata dia orang putih"](https://i.ytimg.com/vi/0KI5B--0WdM/default.jpg)
![Ketereh Mahu PH Menjunjung Titah Agong](https://i.ytimg.com/vi/1M9ln9zKsoo/default.jpg)
![KJ Balun, Dedah Lompong Bajet 2020](https://i.ytimg.com/vi/e5y45vKweR0/default.jpg)
![Siapa Khianat Siapa - Ahli Parlimen Kinabatangan](https://i.ytimg.com/vi/orQP78j5RZI/default.jpg)