Загрузка страницы

PEKAN SEHARI TEMERLOH

Pekan Sehari Temerloh iaitu pasar minggu terpanjang di negara ini, cukup dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai lokasi untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian.

Terletak di pertemuan Sungai Pahang dan Sungai Semantan, pasar sehari sepanjang satu kilometer yang diadakan setiap Ahad bermula 7 pagi hingga 1 tengah hari ini, sering menjadi tumpuan kerana di sinilah pelbagai hasil kampung yang sukar diperoleh di tempat lain dapat dibeli dengan mudah.

Jika bernasib baik, pengunjung yang datang bukan sahaja berpeluang membeli patin sangkar dengan harga murah, tetapi juga ikan patin buah atau ikan patin liar dari nelayan sungai yang menjaja hasil tangkapan mereka secara terus kepada pelanggan.

Yang penting, hanya siap wang secukupnya kerana anda pasti rambang mata apabila melihat pelbagai barangan yang dijual di sini.

Видео PEKAN SEHARI TEMERLOH канала Safwa Marwah
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
10 сентября 2018 г. 21:11:36
00:24:51
Яндекс.Метрика