Загрузка страницы

Besar Giler Go Auto-Higer Ace, Van ke Bas Ni?

Baru-baru ini abang berpeluang untuk pandu uji, van komersial Higer Ace 18 tempat duduk. Alang-alang dah ada van, abang angkut semua tim Pandu Laju dan beberapa orang penyokong setia Pandu Laju bercuti ke Sekinchan, Selangor. Sepanjang perjalanan, kami semua ambil peluang untuk untuk uji kuasa, keselesaan dan tahap praktikaliti van ini.

Bagi abang, kuasa yang ditawarkan Higer Ace sudah memadai. Ia dikuasakan dengan enjin diesel 4-lejang, 16 injap DOHC Suntikan Terus, Pengecas Turbo, Intercooler, EGR dan CRDI (Common Rail Direct Injection). Kuasa dihasilkan untuk varian 3.0L ialah 148hp @ 3,400rpm dan tork 330Nm @2,000rpm dengan kelajuan maksimum 125kmj.

Bahagian penumpang pula, Higer Ace ternayata menawarkan keselesaan pada tahap yang optimum! Pendek kata, semua penumpang puas hati dan happy.

Antara ciri menarik yang ada pada Higer Ace adalah penyaman udara dwi kondenser yang ditambah baik dengan ventilator diletakkan di ruang depan, tengah dan belakang.

Bukan itu sahaja, ia turut datang dengan pintu gelungsur di kiri dan kanan van. Jadi, urusan masuk dan keluar dari van sangat mudah!

Higer Ace datang dalam 3 varian iaitu:

3.0L DK5 (18 kerusi) 6MT - RM145,300
3.0L DK5 (18 kerusi) 5MT - RM143,300
2.0L DK4 (15 kerusi) 5MT - RM138,300

* 5/6MT - Transmisi Manual 5/6-kelajuan

Apa lagi, jom kita tengok video betul ke selesa sangat?

Kalau nak membaca, boleh tekan link:
https://pandulaju.com.my/go-auto-higer-ace-dilancarkan-van-15-18-penumpang-harga-berbaloi-bermula-rm138k/

Seperti biasa! Jika suka dengan video ini, jangan lupa juga terus layari, Subscribe dan tekan loceng;

LAMAN WEB : https://pandulaju.com.my
YOUTUBE : https://youtube.com/pandulaju
FACEBOOK : https://www.facebook.com/pandulaju.com.my/
INSTAGRAM : https://instagram.com/pandulaju

LAMAN WEB GO AUTO VAN: www.goautovan.my
HUBUNGI: Zul Mazlan (SA) 018 240 0980

#GoAutoMalaysia #HigerAce #Vankomersial

Видео Besar Giler Go Auto-Higer Ace, Van ke Bas Ni? канала Pandu Laju
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
19 августа 2019 г. 15:13:30
00:10:15
Яндекс.Метрика