Загрузка страницы

Wakaf Hartanah kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah

Wakaf ialah salah satu ibadah yang diperuntukkan oleh agama Islam. Ianya bertujuan untuk serah harta atau wang ringgit bagi kegunaan umat Islam dengan berniat kepada Allah.

Namun demikian, didapati banyak tanah wakaf terbiar, tidak diusahakan untuk pembangunan dan disebabkan itu tidak ada pulangan dari tanah yang terbiar ini. Saya berharap pihak yang bertanggungjawab perlu tentukan tanah wakaf dapat diurus dengan sebaiknya dan memberi semula pulangan kepada ummah. Saya cadangkan sekiranya ia tidak diguna buat sementara waktu eloklah ia diguna untuk pembangunan atau diusaha tanaman pertanian, jalan raya dan lain-lain. Dengan adanya aktiviti sedemikian maka ianya dapat dimanfaat dan niat pewakaf tadi tidak jadi sia-sia.

Saya harap tidak ada pembaziran ke atas tanah wakaf yang telahpun diwakafkan dari individu yang berniat untuk menunaikan satu dari ibadah agama Islam.

Pada 4 Julai lalu saya telah membuat wakaf khas kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah iaitu sebanyak 0.4775 hektar tanah di mukim Kepala Batas untuk Tanah Perkuburan Islam Masjid As-Shahab Mukim Kepala Batas. Sekiranya ianya tidak digunakan untuk tujuan asal wakaf, pihak masjid boleh guna untuk pertanian atau lain-lain yang boleh memberikan pulangan bagi masjid tersebut. Semoga ia memberi manfaat buat kariah di situ.

Видео Wakaf Hartanah kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah канала Dr Mahathir Mohamad
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
6 июля 2022 г. 13:39:57
00:03:27
Яндекс.Метрика