Загрузка страницы

Penampilan Julung Kali Datuk Shah Rukh Khan Berpakaian Baju Melayu

MELAKA, 6 Dis - Penampilan julung kali pelakon terkenal Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan, lengkap berpakaian baju Melayu hitam, bersongkok dan bersongket yang diikat dengan gaya Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, membuatkan kira-kira 1,000 tetamu terpukau melihatnya pada sesi khas Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka kepada pelakon popular itu.

Sebaik tiba di pekarangan Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh iaitu tempat berlangsungnya istiadat itu pada pukul 10.55 pagi, Datuk Shah Rukh Khan yang tidak putus-putus melemparkan senyuman sambil melambai-lambaikan tangannya kepada peminat, terus diiring memasuki dewan berkenaan.

Datuk Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada 1965, tiba di Melaka untuk menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Видео Penampilan Julung Kali Datuk Shah Rukh Khan Berpakaian Baju Melayu канала Channel Kemaman
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
7 декабря 2008 г. 6:48:07
00:02:00
Яндекс.Метрика