Загрузка страницы

Do Re Mi 1966 (6)

Filem Do Re Mi merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1966. Pengarah: Filem Do Re Mi diarah oleh Tan Sri Dr. P. Ramlee pada 1966. Sekuel untuk filem ini adalah Nasib Do Re Mi.

Do Re Mi mengisahkan tentang tiga orang sahabat iaitu Masdur atau Do (P.Ramlee), Amore atau Re (AR Tompel) dan Minami atau Mi (Ibrahim Din) yang menghadapi pergelutan dalam mencari pekerjaan dan juga rumah tangga.

Do, seorang yang tidak mempedulikan hal rumahtangga dan banyak berhutang, telah menipu mertuanya untuk mendapatkan wang. Do dan isterinya kemudian berpisah akibat tidak sehaluan. Do mengembara ke kota untuk memulakan hidup baru.

Re pula mempunyai seorang isteri yang bekerja di kelab malam, sementara dia sendiri menguruskan hal rumahtangga. Akibat kecuaian Re yang menyebabkan wang isterinya dicuri, dia dihalau keluar dari rumah dan membawa diri mencari kerja di kota.

Mi, seorang bujang yang meminati gadis yang tinggal berhadapan rumahnya(lakonan Wan Chik Daud), sering bertuah kerana gadis tersebut sudi meminjamkan wang kepadanya yang tidak bekerja. Ketika Mi keluar mencari pekerjaan, dia telah menolong mengejar pencuri yang merampas beg tangan seorang wanita.

Do dan Re yang sedang mencari kerja di pejabat buruh mendengar jeritan wanita tersebut, lalu mengejar Mi yang sedang berlari, kerana menyangka dia adalah pencuri itu. Maka semenjak itu, mereka bertiga berkawan rapat dan berlaku pelbagai perkara lucu. Pelbagai cabaran tiga sahabat dalam mencari ikhtiar hidup dan mengharungi liku-liku kehidupan demi sesuap nasi.

DIBINTANGI:

P. Ramlee sebagai Do (Masdo)
A. R. Tompel sebagai Re (Amore)
Ibrahim Din sebagai Mi (Minami)
Wan Chik Daud sebagai Milah
Noran Nordin sebagai isteri Re
Rohaya Rahman sebagai Minah
Mahmud June sebagai bapa mertua Do
Minah Hashim sebagai ibu mertua Do
Usman Eot
Bakar M.
AK Jailani sebagai jiran Re
Ahmad Dadida
Saloma sebagai penyanyi
Karim Latiff
Noor Jinn

Видео Do Re Mi 1966 (6) канала CLASSIC malay Film
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
1 августа 2017 г. 22:09:08
00:10:21
Яндекс.Метрика