Загрузка страницы

Edisi MGTV | Muhyiddin Yassin PM ke 8 , Anwar Ibrahim Kena Maki Hamun!!!

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini sah menjadi perdana menteri kelapan hari ini.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada pukul 10.45 pagi.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia sebagai perdana menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini kira-kira 10.33 pagi.

Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri interim setelah meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh pada 24 Februari lepas.

Kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat keluar dari pintu 1, Istana Negara pukul 12.08 tengahari dengan diikuti beberapa kenderaan pengiring.

Selepas seminggu negara menghadapi kemelut kepimpinan politik akhirnya Malaysia menyaksikan Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

Majlis berkenaan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen.

Pelantikan Muhyiddin, 72, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Видео Edisi MGTV | Muhyiddin Yassin PM ke 8 , Anwar Ibrahim Kena Maki Hamun!!! канала MalaysiaGazette TV
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
1 марта 2020 г. 15:38:16
00:11:42
Яндекс.Метрика