Загрузка страницы

CARA BUAT POSTER GUNA CANVA

CARA BUAT POSTER GUNA CANVA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya kongsikan step by step .
Cara saya buat poster mudah hanya menggunakan remove.bg, photopea.com dan canva.com

moga bermanfaat

link video https://youtu.be/0cKZVMMJhKs

Definisi Poster
Poster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak yang digubah untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster merupakan satu elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya. Kebiasaannya, rekabentuk poster bersifat 2D meliputi bahan yang dilukis, dicat, ditulis atau dicetak.

Poster selalunya digunakan bagi promosi untuk mempamerkan produk syarikat, aktiviti masyarakat, kempen oleh pihak kerajaan dan sebagainya. Ia biasa dilihat ditampal pada dinding dan digantung di sekolah, di pejabat dan di tempat awam yang lain. Sebagai contoh, poster dapat menonjolkan keistimewaan mesej kemasyarakatan dan pengiklanan untuk ditontonkan di tempat menunggu bas misalnya. Antara pereka grafik terkenal di Amerika dan Eropah yang menghasilkan poster yang menarik dan bertaraf dunia seperti Oskar Kokoschka dan Ben Shehn.

Poster adalah dalam bentuk dua dimensi, format halaman yang berasingan digunakan untuk mempamerkan maklumat, data, jadual atau tawaran dan juga mempromosikan kepada masyarakat tentang sebab, tempat, produk, syarikat, penyelenggaraan dan organisasi yang hendak disebarkan kepada umum. Kebanyakan poster digantungkan di tempat-tempat awam supaya senang dilihat walaupun dari jarak jauh. Poster sangat penting untuk mengingat dan menarik perhatian masyarakat di sesuatu tempat seperti pada billboard, papan tanda dan lain-lain visual. Poster yang dianggap berjaya adalah poster yang dapat menyampaikan mesej dengan jelas kepada masyarakat.

Visual pada poster adalah sebuah rekabentuk yang seimbang dalam jangka masa tertentu yang menunjukkan skala ruang positif dan negatif. Saiz imej yang diguna haruslah memberi kesan kepada sesebuah hasil rekabentuk yang menarik. Melalui pemahaman skala, ia akan memberikan pereka satu siri dalam membuat ilusi tentang kedalaman dari segi ruang, membuat kejutan dan membuat visual dinamik atau kepelbagaian. Poster mungkin direka hanya menggunakan tipografi atau kombinasi visual dan visual itu mungkin berbentuk abstrak, piktograf, simbolik, ilustrasi, visual grafik, fotografi atau kolaj atau campuran atau kepelbagaian. Merekabentuk poster adalah suatu cabaran dalam proses penyampaian mesej komunikasi yang berkesan.

Jenis-jenis Poster
i. Dekoratif
ii. Kreatif dan artistik
iii. Perkhidmatan awam
iv. Hiburan

Perkembangan Rekabentuk Poster di Malaysia

Kehadiran poster di negara ini dianggap bermula semasa pemerintahan Jepun yang pada masa itu menggunakan poster sebagai alat penyebar maklumat secara khusus untuk tujuan propaganda disebarkan kepada seluruh rakyat. Poster yang ringkas dengan satu warna sahaja berukuran kira-kira 12’x 15’ di tampal di rumah-rumah dan pokok serta bangunan tertentu.

Kemasukan British ke Malaya dan zaman darurat memperlihatkan lagi perkembangan rekabentuk poster yang dianggap lebih dinamik dan berkesan dari segi persembahan dan mesej. Kempen menyeru rakyat agar menyertai anggota tentera British melawan tentera Jepun dan Komunis tersebar luas di seluruh negara berseiringan dengan poster di Amerika yang popular dengan imej ‘Uncle Sam’.

Fungsi Poster

i) Poster digunakan untuk pengiklanan (produksi)
Poster digunakan untuk mengiklankan barang dan perkhidmatan. Biasanya poster digunakan untuk mengiklankan produk-produk yang terdapat di pasaran. Perkhidmatan sesuatu syarikat juga diperkenalkan kepada orang ramai melalui poster. Sebagai contoh poster digunakan untuk mengiklankan produk makanan. Selain itu poster juga digunakan dalam akademik untuk menerangkan dan mempromosikan hasil kajian yang biasanya ditunjukkan semasa persidangan sebagai pengenalan awal.
ii) Poster untuk tujuan komersial
Poster digunakan untuk mempromosikan filem dan persembahan dalam dunia hiburan dan juga mempromosikan acara-acara yang dianjurkan seperti acara sukan atau acara rakyat.
iii) Poster sebagai alat hebahan propaganda (politik)
Poster juga digunakan untuk menghebahkan suatu mesej, fahaman atau pun propaganda. Selain itu ia juga digunakan untuk menyebarkan fahaman politik.
v. Pameran dan pertandingan
vi. Sukan
vii. Iklan dan promosi
viii. Media dan teknik percetakan

sumber rujukan :http://graphicmalaya.blogspot.com

Видео CARA BUAT POSTER GUNA CANVA канала LinnZack
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
3 ноября 2020 г. 14:09:11
00:14:23
Яндекс.Метрика