Загрузка страницы

Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Punca Banjir Besar

Pemuda AMANAH Selangor menggesa kerajaan persekutuan menubuhkan Majlis Pemulihan Bencana yang berperanan mensinergikan usaha pencegahan banjir, pengurusan mangsa banjir, pengurusan pasca banjir dan pelbagai hal berkaitan. Majlis ini perlu dianggotai oleh kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi-agensi kerajaan, Ahli Akademik, Pihak Swasta dan Pemimpin Lapangan seterusnya perlu melaporkan segala hasil dan perkembangan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Bersimpati dengan kejadian banjir yang meragut nyawa dan kerosakan harta benda,Sdr. Nabil Norhalim, Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Selangor sebagai wakil mendesak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat projek pembangunan tanah di tanah rizab sungai, dataran banjir yang hari ini dibangunkan untuk tujuan komersial seperti yang berlaku di Sri Muda, Kota Raja. Ia juga perlu merangkumi siasatan projek pembalakan yang menyebabkan hakisan tanah dan banjir lumpur.

Tambah beliau dalam satu kenyataan media bertarikh 9 Januari 2022, Pemuda AMANAH Selangor juga mencadangkan agar diwujudkan penempatan semula perumahan di lokasi rendah di Selangor yang berisiko menghadapi banjir tiap kali taburan hujan tinggi berlaku. pembelian semula tanah mestilah bersamaan dengan nilai semasa dan keluasan tanah sedia ada. perancangan jangka panjang diperlukan dan dilakukan secara berfasa serta mewujudkan plikasi digital berpusat untuk memudahkan rakyat mengakses pelbagai info terkini, bantuan khas, perkhidmatan khas, inisiatif sedia ada kerajaan, bantuan bencana dan pelbagai fungsi lain. sistem siren dan alam boleh dijadikan kaedah amaran saat saat akhir.

Видео Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Punca Banjir Besar канала SelangorToday
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
14 января 2022 г. 14:30:01
00:02:18
Яндекс.Метрика