TV PPIM | Kurung Dua Jam Paksa Bayar Dapat Telefon Cap Ayam
KUALA LUMPUR 15 Dis. – Seorang lelaki ‘dikurung’ dalam sebuah bilik kecil selama empat jam oleh beberapa lelaki tidak dikenali akibat tidak mahu meneruskan pembelian empat telefon bimbit di sebuah kedai yang tiba-tiba mencecah RM10,000 berbanding harga asal dipersetujui iaitu sebanyak RM800.
Mangsa, Dipres Nasution Mohd. Arifin, 28, berkata, pada awalnya, dia berminat untuk membeli sebanyak empat telefon bimbit berikutan tawaran menarik oleh penjual terbabit iaitu pada harga RM200 setiap satu.
Katanya, selepas membuat bayaran, penjual tersebut enggan menyerahkan telefon bimbit yang dibeli dan mengarahkan dia memasuki sebuah bilik kecil di sebuah premis lain yang terletak berdekatan.
“Setelah menunggu selama kira-kira sejam di dalam bilik itu, seorang lelaki lain datang membawa bil dan apabila melihat bil tersebut, saya terkejut kerana harga pembelian telefon bimbit mencecah RM10,000.
“Saya bertanya kepada lelaki itu, kenapa harganya lain daripada yang dipersetujui iaitu RM800 tetapi dia memberi pelbagai alasan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mengulas lanjut katanya, walaupun enggan meneruskan pembelian, dia dipaksa untuk membayar harga telefon bimbit tersebut jika mahu ‘dibebaskan.’
“Saya terkejut dan mempersoalkan proses awal pembelian. Apabila saya ingin membatalkan semula pembelian itu dan menuntut kembali wang sebanyak RM800 itu, mereka enggan mengembalikannya malah mengugut yang nama saya akan di senaraihitamkan oleh jenama telefon tersebut.
“Lelaki itu memaksa saya keluarkan duit dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM), saya katakan hanya mempunyai RM5,000 sahaja dan jumlah itu tidak cukup untuk menjelaskan harga semua telefon bimbit tersebut. Selagi tidak bayar, saya tidak akan dilepaskan.
“Setelah mendapati akaun saya benar-benar tidak mempunyai wang yang cukup, dia akhirnya bersetuju menerima RM5,000 untuk empat telefon bimbit malangnya jenis telefon bimbit yang diserahkan kepada saya tidak sama dengan pilihan asal,” katanya.
Disebabkan merasa dirinya ditipu, Dipres Nasution telah membuat aduan kepada beberapa agensi yang bertanggungjawab termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, namun dia kecewa kerana tiada sebarang tindakan diambil.
Dia kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum PPIM bertindak melakukan serbuan di Kompleks Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi percaya wujud rangkaian yang dijalankan oleh pihak-pihak terbabit di kompleks tersebut untuk melakukan penipuan terhadap pelanggan.
Katanya, selain masyarakat tempatan, kebanyakan yang menjadi mangsa penipuan itu adalah warga asing yang terdiri daripada golongan wanita.
“Dalam serbuan yang dilakukan, kita dapati banyak kedai menjual telefon bimbit tiruan pada harga mahal. Sebanyak RM11,900 berjaya dituntut semula daripada beberapa pemilik premis perniagaan berkenaan dengan melibatkan tujuh mangsa.
“Saya mengharapkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjalankan pemantauan dengan lebih rapi supaya kes-kes penipuan seperti ini tidak berlaku lagi,” katanya.
Видео TV PPIM | Kurung Dua Jam Paksa Bayar Dapat Telefon Cap Ayam канала TVPPIM

Показать
Комментарии отсутствуют
Информация о видео
Другие видео канала
20151106 Peniaga talipon Kota Raya cuba peras pembeliCerita Mereka: Yusuf Azmi, Lando Zawawi & 'Mr Kentang'Soldier Defends Muslim WorkerPemilik Kereta Bengang!'Kenapa mahu serang saya macam ini?'Abg Ali Kongsi Pengalaman Di Tembak Dahulu!Yusuf Azmi Nangis Meninggalkan PPIMGEMPAR! Kanda Khairul & Abang Ali Gegarkan Apak Harry Khalifah !Yusuf Azmi mengamuk bila Ahlong ugut mau pergi tanam sama dia(peminjam)Peniaga Kecewa Tindakan MBI Roboh Premis PerniagaannyaBahaya pinjam Cina AhlongAhlong Serang Wanita di Tempat Awam!Isteri Datuk Boy Iman perang mulut dengan Yusuf Azmi PPIM, nafi suaminya menipuSEMBOYAN KANDA YUSUF AZMI DAN NGO ISLAM BERSATU BANTU KES ISU BODYGUARD DI PUKVL SEBAB PUASA‼Drama Spontan 31: Avengers versi Kelantan[SOAL JAWAB] - ABANG ALI PERNAH PUKUL AHLONG!?Yusof Azmi Meng@muk Isu Majikan Biadap Puk4l Pekerja Kerana Berpuasa | Jangan Main2 Soal Agama IslamSultan of Johor : Kembara Mahkota Johor, Day 4, Part 2, 17 May 2016ISU BODYGUARD DIZALIMI! YUSUF AZMI DAN SEMBOYAN TERJAH!!BERTUMBUK? Danial Lawak Solo Hampir Dibelasah Kanda Khairul!