Загрузка страницы

Berita EP98 - Mom and Kids Award 2015 [HD]

Syarikat animasi negara, Les’ Copaque Production Sdn Bhd, telah menempa sejarah sekali lagi apabila siri animasi mereka yang terkenal, Upin dan Ipin telah memenangi dua anugerah di Mom & Kids Awards 2015 yang dianjurkan oleh stesyen TV Indonesia, MNC TV. Anugerah yang julung-julung kali diadakan bersempena dengan Hari Ibu itu telah menobatkan siri Animasi Upin Ipin sebagai “Kartun Kesayangan“ dan karakter Upin Ipin sebagai “Tokoh Kartun Kesayangan.”

Pengadilan anugerah yang dijalankan secara undi sms dari peminat berjaya menewaskan calon-calon lain yang terdiri dari siri animasi Boboiboy, Pada Zaman Dahulu, Adit & Sopo Jarwo dan Sofia the First sementara tokoh kartun terdiri dari Adit, Boboiboy, Kak Ros dan Sopo Jarwo.

Menurut Bapak Noersing, Pengarah Urusan MNCTV, Upin dan Ipin telah meraih undi yang begitu tinggi sekali sehingga meninggalkan pencabar terdekatnya begitu jauh sekali yang membuktikan bahawa siri animasi Upin Ipin masih tetap popular dan masih bertahan sebagai siri kartun nombor 1 di Indonesia. Anugerah tersebut telah di terima oleh Asyiela Putri, pelakon suara Upin dan Ipin di acara yang disiarkan secara lansung oleh stesyen TV tersebut. Kejayaan ini adalah merupakan penghormatan kepada industri animasi negara secara amnya dan kepada syarikat Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. secara khasnya, yang telah membuktikan bahawa kandungan yang asli dan bermutu tinggi walaupun bercirikan budaya kita boleh menembusi pasaran global dan berjaya.

Menembusi dan mengungguli pasaran Indonesia adalah sesuatu yang luar biasa kerana produk kreatif negara amat sulit untuk menembusi pasaran Indonesia.

-------------
Subscribe to our Youtube channel!! http://www.youtube.com/lescopaque

Get up to date with our Facebook channels :
Facebook: http://www.facebook.com/upinipinofficial
Facebook: http://www.facebook.com/padazamandahulu
Facebook: http://www.facebook.com/dadudido

Follow us everywhere!
Twitter : http://www.twitter.com/lescopaque
Instagram : http://www.instagram.com/upinipinofficial
LINE : @UpinIpin
Google+ : http://plus.google.com/+LescopaqueProduction

Website !
Les' Copaque: http://www.lescopaque.com
Upin & Ipin: http://www.upindanipin.com.my
Pada Zaman Dahulu: http://www.padazamandahulu.com
DaDuDiDo : http://DaDuDiDo.com

Email Us !
info@lescopaque.com

Видео Berita EP98 - Mom and Kids Award 2015 [HD] канала Les' Copaque Production
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
8 января 2016 г. 7:00:00
00:06:53
Яндекс.Метрика