Загрузка страницы

Sidang Dun | Ketua Pembangkang Salah Fakta, Lupa Pengerusi MKN Selangor Bukan MB

Sidang Dewan Negeri yang bersidang 15 Mac menjadi gamat apabila Ahli Dewan Negeri dari pihak penyokong kerajaan bangun mencelah ucapan Perbahasan Ketua Pembangkang, Rizam Ismail sempena Istiadat Pembukaan Sidang DUN Selangor. Ketua Pembangkang Selangor yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Air Tawar didakwa menyatakan fakta yang salah apabila beliau menyatakan bahawa kerajaan negeri dibawah pimpinan Menteri Besar tidak bertindak awal selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri bagi mengatasi impak banjir.

Rizam Ismail ketika berbahas di Sidang DUN
Ahli Dewan Negeri daripada Kuala Kubu Baru, Lee Kee Hiong bertanyakan kepada Ketua Pembangkang sedarkah bahawa Pengerusi MKN ketika banjir adalah Pengerusi UMNO Selangor yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar? Bukanya Menteri Besar. Lalu dijawab oleh Rizam Ismail menyatakan bahawa hujahan beliau bahawa Menteri Besar selaku ketua kerajaan Negeri perlu mengambil tindakan segera apabila mengetahui bencana tersebut.

Namun Ahli Dewan Negeri Meru, Fakhrulrazi Mokhtar, turut bangun dan mempersoalkan bahawa tiada amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Metreologi Malaysia tentang ancaman bencana banjir yang akan berlaku seperti yang didawa Rizam Ismail. Amaran yang ada adalah amaran hujan yang akan berlaku bukannya amaran bencana banjir. Selain ADN Meru dan Kuala Kubu Bharu, ADN Banting, Taman Templer dan Pelabuhan Klang juga turut bangun bersuara.

Видео Sidang Dun | Ketua Pembangkang Salah Fakta, Lupa Pengerusi MKN Selangor Bukan MB канала SelangorToday
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
21 марта 2022 г. 10:38:57
00:02:08
Яндекс.Метрика