Загрузка страницы

AWAN Selangor Hargai Pelaksanan MANIS Untuk Perkasa Wanita

Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Selangor, Puan Hajah Rawiyiah Zakaria mengucapkan syabas dan tahniah kepasa Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, YB Dr. Siti Mariah Mahmud serta Wanita Berdaya Selangor atas inisiatif melaksanakan Majlis Wanita Selangor atau MANIS.

Rawiyah Zakaria, Ketua AWAN Selangor
Sesi libat urus daripada pelbagai pemegang taruh, yang diadakan khusus untuk merungkai cabaran golongan wanita merupakan satu inisiatif yang harus dipuji. Menurutnya, memandangkan nilai kesaksamaan gender yang akan terus diperluaskan, maka cabaran yang dihadapi oleh wanita juga perlu ditimbang sama seperti cabaran yang dihadapi oleh golongan lelaki.

Menurut Ahli Majlis MPKj itu, titik tumpuan dan matlamat yang digariskan pada Dasar Wanita Negeri Selangor dalam ucapan Dr. Siti Mariah itu merupakan asas penting perbahasan MANIS. Ia termasuk pengarusperdanaan gender dalam pembangunan, ekonomi dan kehidupan, perwakilan dan kepimpinan, keselamatan dan kesejahteraan serta kreativiti dan inovasi. Maka dengan berakhirnya tempoh Dasar Wanita Selangor, wajarlah MANIS diadakan bagi memandu semula penggubalan dan pelaksanaan dasar negeri berkaitan wanita kekal relevan.

Ketika di Majlis Wanita Selangor baru-baru ini
Beliau bersetuju dengan ketegasan YB Dr. Siti Mariah yang menyatakan bahawa peningkatan jumlah ibu tunggal pasca pandemik dianggarkan tahun ini 44,680 orang harus diberikan perhatian oleh aktivis dan pimpinan mewakili wanita ketika menggubal dan membuat dasar wanita agar mampu mengatasi masalah tersebut.

Rawiyah menghargai usaha dan inisiatif kerajaan negeri dan berharap agar pelaksanaan MANIS mampu dirasai manfaatnya kepada setiap wanita di Selangor. Ia juga boleh dijadikan contoh kepada negeri-negeri lain bagi memulakan langkah memperkasakan wanita dipersada kuasa dan kepimpinan. AWAN Selangor sentiasa memberikan sokongan jitu dan bersedia menjadi penggerak utama kepada pelaksanaan MANIS.

Видео AWAN Selangor Hargai Pelaksanan MANIS Untuk Perkasa Wanita канала SelangorToday
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
2 апреля 2022 г. 11:52:19
00:02:30
Яндекс.Метрика