Загрузка страницы

KUALA LUMPUR TO BANGKOK BY TRAIN - 24HOURS JOURNEY

24 HOURS JOURNEY KUL - BANGKOK

KL - PADANG BESAR | ETS GOLD - RM76.00 | Journey : 6.5 hours

Ada 2 jenis train kalau dari KL ke pdg besar. Train PLATINUM dan GOLD. Dari segi harga mmg beza dlm RM30. Tapi kalau dari segi masa sampai beza dlm 10 minit je. Selain tu..yg membezakan platinum dan gold..platinum tk byk station dia stop dan korg akan dpt mcm snek..cth biskut dgn air..jgn la igt korg dpt nasi lemak pak naseer plak 🤦‍♀️ so kalau korg tanya nad. Baik korg naik gold je. Tk yah membazir naik yg platinum (masa kitorg pegi ni belum ada yg ETS Business class)

So..Dari KL kitorg naik train kt KL Sentral ke Padang Besar. Sepatutnya journey lebih kurang dlm 5 jam 45 minit. Tapi kitorg delay dlm setengah jam sbb ada train lain yg rosak. So kitorg sampai lebih kurang jam 1.30 tghari kat Stesyen KTM Padang Besar di Platform 1.

TIPS : Sila la bawa bekalan makanan utk mkn dlm train tu. Sbb dia mmg ada cafe..korg bole beli nasi dagang..mee hun goreng..mcm2 la (but dont out too much hope on the taste la 😜)..even tasteless tp makanan cpt habis.. sbb journey 6 jam tu apa je korg bole buat selain makan? Hahaha..so bawala bekalan secukupnya..

---------------------------------------------------
PADANG BESAR - HATYAI | Special Train - 50 THB | Journey : 1 hour

Ada few cara dari border padang besar ke hatyai. Korg bole pilih naik special train, van or taxi. So mcm kitorg..kitorg mmg plan nak naik this special train dari stesen KTM Padang besar ke Hatyai Junction. This train cuma ada 2 waktu je..jam 9.55 pagi dgn 3.40 ptg (waktu malaysia). Tiket korg bole beli kat kaunter di Platform 2. Lps je korg sampai dari KL..Terus pergi kat platform 2 utk pembelian tiket. Kaunter utk train jam 9.55 pagi dibuka pada jam 9 pagi dan utk train jam 3.40 ptg kaunter dibuka jam 2.30 ptg. Tiket mmg tk bole beli online atau beli awal. Sbb lps korg beli tiket tu korg akan terus lalu kat imigresen Malaysia & Thailand

So my advice sila plan time journey korg. Kalau nak naik train pagi sila amek last train dari KL yg malam.. Maybe yg jam 11.30 tghmlm. Kalau nak naik yg jam 3.40 ptg..bole naik train yg jam 7.00 pagi. Incase you missed the train. Jgn risau. Ada byk van2 putih yg ada utk korg naik. Tinggal pilih je 😊

TIPS : Sila pastikan ada kipas tgn. Sbb special train ni no aircond. Mmg kipas oldskool. Dan harap kan angin dari luar. Tapi skali train tu stop tiada lagi angin dari luar. Masa tu mmg harapkan kipas tgn. Tapi baru la feeling naik train oldskool ni kan. Mmg feeling hindustan la 🤣

----------------------------------------------------
HATYAI - BANGKOK | SE TRAIN 32 - 1794THB (LOWER BED), 1594 (UPPER BED)| Journey : 16 hours

Ada 3 jenis seat utk Special Express Train..1st class, 2nd class, 3rd class. Beza dia? Harga dan keselesaan. Sebenarnya 2nd class pun dh ok. But pls dont opt for 3 class. Patah pinggang weh. 16 jam punya perjalanan takkan la korg nak duduk je kn? So kitorg pilih utk 1st class seat. Sbb nya kitorg nak privacy (nad malas nak pakai tudung time tidur) dan pasal safety gak. Dan juga sbb mudah utk time nak solat. Space utk solat tu mmg ngam2 sgt.

Tapi train yg kitorg naik ni tk de 3rd class seat. Cuma ada 1st & 2nd class sahaja. Waktu perjalanan train ni korg bole google kat www.thairailwayticket.com dan utk pembelian tiket pun bole beli kat web ni. Pls jgn beli kt easybook utk train thailand ni. Sbb nad dh terkena sekali. Punya yakin igt dh settle pasal tiket. Skali easybook kata seat dh full. So diorg akan refund. Tapi nya nk tunggu dia refund lama weh 😭

Kitorg pilih utk naik SE train 32 yg berlepas jam 6.45 ptg (waktu thai) satu sbb kitorg nak tido sepanjang perjalanan..kalau siang 16 jam dlm train tepu otak. So sampai esok pagi nya bole dpt full day kt bangkok dan lagi satu sbb ni train diorg yg paling baru 🤣 so everything is new. Igt tau special express 32

Kalau korg travel solo tapi nak naik 1st class dan tk nak share dgn org lain. Boleh je..harga nya 2594THB

TIPS : Kt Hatyai Junction (train station hatyai) ada kedai makanan halal. Nasi goreng dia sedap. So tapau siap2 makananan utk makan dlm train. Yes dia ada cafe. Tapi dia ada serve 🐽..hehehe..sis tak berapa nak yakin la 🤔

EXPENSES UTK TRANSPORT (for 2 pax)
1. KL - Padang Besar = RM76.00 x 2 = RM152
2. Padang Besar - Hatyai - Bangkok = 50 +50 + 1794 + 1594 = 3488THB @ 0.14 (current exchange rate) = RM488.32

TOTAL KL - BANGKOK = RM640.32 (for 2 pax)

So korg enjoy tgk video ni. Any comment sgt2 la dialukan. Kalau ada nak tanya soalan pun bole. Jgn lupa LIKE & SUBSCRIBE to our channel ❤

Видео KUALA LUMPUR TO BANGKOK BY TRAIN - 24HOURS JOURNEY канала Shuknad Channel
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
15 октября 2019 г. 17:31:22
00:07:16
Яндекс.Метрика