Загрузка страницы

Pulau rindu

Terkejut sampai Pulau Mantanani penuh orang tunggu di jeti. Walau tak rancang awal. Hanya beberapa jam sebelum telefon penghulu di sana. Menangis makcik dan pakcik saya jumpa. Ada umur dekat 100 tahun. Semua cakap rindu ustaz. Kami rindu ustaz. Macam mana boleh rindu tak pernah jumpa. Hari-hari tengok video ustaz. Pakcik dah umur 60 tahun cakap.

Sayu bila ada beberapa rumah minta bantuan kerana rumahnya jauh sedikit. Ada masalah rumah bocor dan tiang rumah nak diganti. Mereka minta atap. Walau sekejap tapi rasa berharga. Dapat bagi duit raya pada anak kecil.

Bot kami sewa rosak enjin masa balik. Ada enjin tak berfungsi. Kemudian baru hidup semula. 3 orang mabuk laut sebab bau minyak masa repair. Semua berdoa. Allah mudahkan semuanya. Semoga rahmat Allah mencurah di Pulau ini.

Видео Pulau rindu канала Ebit Lew
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
31 августа 2020 г. 18:11:54
00:09:30
Яндекс.Метрика